Thanks to you and bersyukur ke atas nikmatmu sehingga kini. Lately, kau telah menggembirakan aku. Engkau telah limpahi aku dengan kesenangan dan kesempurnaan yang tak dapat aku gambarkan di sini. Hanya aku, hambamu yang serba kekurangan ini mendapat ihsanmu untuk merasai semua nikmat yang telah Engkau beri.
Ya Allah yang Maha Mengetahui,
Kerana kegembiraan dan kesempurnaan ini lah yang membuatkan aku lebih takut kepadamu. Takut kepada perkara-perkara yang Engkau bakal saji kepadaku kelak. Sesungguhnya, setiap kegembiraan itu pasti ada kedukaan yang mengekori. Lantas, mampukah aku untuk menerima dan menghadapinya?
KepadaMU ya ALLAH,
Aku bermohon, aku bersyukur, aku bersujud, aku melutut dan aku berdoa.....
Semoga apa yang Engkau takdirkan kepada aku, adalah yang sebaik-baik kejadian.
Yang elok datang daripada MU ya ALLAH, dan yang buruk datang daripada aku hambamu yang kerdil...
Ya Rahman Ya Rahim,
Permudahkanlah segalanya untuk aku dan kaummu,
Kerana kepada Engkau lah kami bersujud.
Amin ya rabbal 'alamin...
~ fa 130711 ~
No comments:
Post a Comment