at the moment i am typing this entry, i heard ada burung bersiul di luar rumah. yes, it is 1.46am now. memang aku ada bela burung di luar dan memang burung aku yang bersiul...tetapi ada burung lain yang sahut menyahut siulan tersebut bagaikan sedang berkomunikasi. aku agak goosebumps juge tetapi aku seakan yakin bahawa itu adalah si uda. for ya guys info, recently uda telah melarikan diri dan meninggalkan si dara.. sungguh tak bertanggugjawab uda nan satu itu. kesian pada si dara. masa tu, bondaku sedang membersihkan sangkar mereka. ntah bgmana keadaan masa itu, si uda berjaya melarikan diri. si dara pula memang sudah keluar dari sangkar, tetapi menurut bonda...si dara seperti tidak pandai terbang..maka tinggallah dara keseorangan tatkala ini. tetapi aku ada juga mendengar si dara berkomunikasi dengan burung2 lain. kesian dara. insyaallah satu hari nanti akan aku bebaskan jua si dara. cuma aku menunggu waktu dan tika itu.
menyentuh tentang waktu dan tika itu...masa di kala ini berlalu dengan begitu pantas. pejam celik pejam celik...sudah mau masuk 3 tahun aku menjadi pensyarah. hmm...dan sebentar tadi jua, aku baru sahaja menghantar online application untuk pengajian masters...insyaallah kalo ada rezeki, aku bakal bergelar pelajar kembali bulan julai ini. apa2 pun, aku harus menunggu keputusannya. dan tentang masa jua, banyak benar yang telah berlaku dalam pada waktu ini. ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang sekadar rutin n macam-macam lagi lah. dan yang paling mendapat perhatian kala ini adalah tentang perkara2 yang berbangkit di mana jika kita ulasannya...ia tetap akan berbunyi: segala2 ada hikmah di sebaliknya. dan pada entri yang akan datang, akan aku terangkan mengenai 'segala2nya ada hikmah di sebaliknya".
No comments:
Post a Comment