Tuesday, April 20, 2010

~ GO ASTERN -> GOSTAN ~ ^_^

GOSTAN:
"ko tolong gostan skit kete ko. aku nak parking motor aku kat depan kete ko".

Pernahkah anda mendengar atau menggunakan perkataan GOSTAN seperti yang tertera di atas? (",) You might be using the word rarely though. this is because this word is more often used by the previous (old) generation. Ini perkataan zaman parents kita dulu. And I doubt if young teenagers nowadays have ever used or even heard it before.

But before that, tahukah anda apakah maksudnya? Maksudnya - REVERSE. So, in the context above, it means "reverse your car".


Tapi korang tahu tak macam mana perkataan ini wujud? dan dari mana datangnya bunyi2an tuh? GO mungkin means pergi... but STAN???

Alkisahnya, ketika zaman dahulu kala di mana negara kita ni dijajah oleh British... seorang nakhoda kapal yang berbangsa British telah mengarahkan kelasinya yakni yang berbangsa Melayu untuk ke belakang bahagian kapal. Nakhoda tersebut berkata : "GO ASTERN". Maka semenjak hari itu, perkataan tersebut selalu didengari oleh kelas-kelasi yang berbangsa Melayu ini. Akan tetapi kelasi-kelasi tersebut memahami apa yang diperkatakan oleh nakhoda tersebut. Cumanya, ketika kelasi-kelasi tersebut cuba untuk mengaplikasikan perkataan tersebut, sebutan mereka kedengaran agak janggal. Mungkin kerana 'pronunciation' mereka yang agak tidak jelas. Bak kata juri-juri AF dan sewaktunya - "Diction anda tidak jelas". Ditambah pula, kelasi-kelasi ini terbawa-bawa dengan penggunaan perkataan tersebut sehingga ke rumah.

Arakian, setelah disimpulkan, inilah hasilnya :-

GO ASTERN -> GO ES TEN -> GO STEN -> GO STAN -> GOSTAN

Tadaaa.... wujudlah perkataan GOSTAN dalam diari bahasa pasar bahasa melayu.

p/s 1: kisah ini adalah kisah benar tetapi telah dikomersialkan jalan penceritaannya mengikut tatabahasa dan style penulisan yang kreatif.

p/s 2: ASTERN means behind the boat (bahagian belakang kapal). {kalau yang bahagian depan tempat Leonardo D'Caprio n Kate Winslet dalam citer Titanic tu, kita panggil BOW.



~SEKIAN UNTUK KELAS HARI INI~

1 comment:

Unknown said...

wah..menarik2..heeee..mane dpt cite nie cik farrah chumel?? huhuhu