Friday, June 1, 2012

Kuasa Allah itu Maha!

Alhamdulillah dan syukur aku panjatkan pada Allah yang Maha Esa. 

Hari ni aku sangat bersyukur kepada Allah kerana Allah tidak pernah kedekut untuk memberi pertolongan pada hambanya ini. 

Ya, aku dalam kesusahan buat masa ni. Aku hampir menangis kerana berasakan yang aku tidak mampu untuk ke depan lagi. Aku seolah-olah terpaku pada keadaan sekarang. Tapi, tak sedikit pun aku menyalahkan Dia kerana rancanganNya. Walau apa pun, aku tahu dan aku yakin segala keburukkan datang dari aku dan yang baik-baik itu semua datang dariNYA. 

Cumanya, aku sedih dan kecewa atas apa yang telah aku lakukan, atas jalan apa yang aku pilih untuk diri aku sendiri. Aku seolah-olah tidak menyayangi diri aku sendiri dan tanpa ragu-ragu merosakkan malah meruntuhkan amanat Allah iaitu diri aku. 

Kuasa Allah itu Maha! Maha sehingga tiada siapa, apa yang dapat menandingiNYA. 

Aku berdoa moga Allah selalu tidak lupa untuk memimpinku ke jalan yang benar... jalan yang lurus... jalan ke pintu syurga. Sesungguhnya aku ini hambaNYA yang hina dan hanya kepadaNYA aku dapat bergantung....dunia dan akhirat.

Amin, amin ya rabbal alamin.......



No comments: