Monday, February 23, 2009

saya rindu sama dia

Semalam, saya telah melakukan sesuatu yang membuatkan saya teringat pada dia. Walaupun dulu saya pernah membencinya dan juga pernah bergaduh dengannya...tetapi persahabatan kami terjalin kembali. Bila kita rapat dengan seseorang, amat susah tika kita bergaduh dengannya dan amat payah sekiranya kita ingin melarikan diri atau menjauhkan diri darinya. Sebabnya, kita mungkin terlalu rapat dengan dia sebelum ini. Apatah lagi, pergaduhan itu tidaklah sebesar mana. Tetapi jika pergaduhan itu besar sekali pun, perhubungan di atas nama persahabatan amat kuat sekaligus mengatasi segala-galanya.


Semalam, apabila saya melakukan kesalahan itu, terngiang-ngiang di telinga saya kemarahan dan bebelan yang datang daripada dia tentang kesalahan yang serupa yang saya telah lakukan dahulu. Saya pernah melakukannya sekali dan juga beberapa kali tanpa pengetahuan dia...dan kini yakni semalam..saya telah melakukannya sekali lagi tanpa niat setelah sudah lama saya tidak melakukannya. Terus terang saya katakan, saya tidak bermaksud apa-apa. segala-galanya berlaku tanpa dirancang dan saya berjanji tidak akan melakukannya lagi di masa hadapan. Saya amat berharap dia dapat memahami dan mempercayai saya lagi. Saya tahu dia berniat baik dan ikhlas terhadap saya cuma saya yang tidak mengambil pusing tentang keikhlasan dan kejujurannya.



########################################




KESALAHAN: TIDAK MENCUCI MAKE UP DAN TIDUR BERSAMA MAKE UP.

DIA YANG DIMAKSUDKAN: NIZAM @ IJAM(panggilan manja oleh ishan terhadapnya kerana hanya ishan yang manja dengannya).

MAKLUMAT TAMBAHAN: rakan AMAT KARIB thinker & ishan juga MAMA Hot.

5 comments:

Anonymous said...

citttttttttt....

hei miz leo...pandai nah buat cite menarik at the end rupenyer kena kat diri thinker sendiri...

dushhh...dushhh....dushhh...

die sahabat karib hot mama @ ustazah fathiyyah al barakbah!

hehehe...

thinker

katakukata said...

thinker,

hahaha...sukanya hati aku bila ko terasa.. kerana mmg itu maksud aku..huhuhu... cuma si ishan ni jek..tak tau dia terkenang ke idak BEESSSTT fren dia yg sorang nih.. aku cuma mengingatkan korang ttg kewujudan dia..walaupun dia dh nk kawen, korang buat2 la pi kenduri dia nnt...

p/s: teringat daku zaman 'keintiman' ko n ishan bersama dgnnya...kuang3x... DDUUSSHH!!!

Ishan_Qureshi said...

Salam MIZ LEO,

Saya sangkakan DIA itu adalah saya...tapi ternyata tidak! Saya amat sedih dan kesal sekali. Ternyata, saya bukanlah sebutir permata bagi kamu (walaupun hakikatnya saya selalu perasan yg saya ni sebutir permata di mata kalau saya di lempar ke laut, saya akan menjadi pulau). Kamu telah pilih sebutir emas Zhulian (yakni IJAM) itu daripada diriku yg permata ini. Sedarkah kamu bahawa emas Zhulian itu senang dan mudah luntur, ibarat mekap yang terkena titsan hujan. Kamu sedarkah akan hakikat itu? Hmmm, mungkin kamu tidak sedar krn kamu telah dibutakan oleh penangan cinta si IJAM tu...! Sedarkah kamu bahawa si IJAM itu bakal menjadi suami dan bapak org tidak lama lagi? Kamu sanggup menjadi isteri nombor 2? Bawak2 la bertaubat wahai MIZ LEO. Saya bicarakan spt ini bkn krn saya jeles dgn si IJAM atau krn saya mahu merebut kamu drpd dia, tapi saya kasihankan THINKER yg ternanti2 akan kamu. Telah lama THINKER bertepuk sebelah tangan sampai dia jadi begitu frust...dan kadang2 dia jadi agak meroyan sampai selalu saja terkangkang dpn tv. Tidakkah kamu mahu membalas tepukan si THINKER itu? Tidakkah kamu kasihankan si THINKER yg begitu sayang dan cinta sama kamu? Sampai hati kamu telah mengguris hati dan perasaannya. Oh Tuhan, apa sudah jadi dgn dunia hari ni...! Kenapa dunia ini terlalu kejam pada THINKER? Kenapa KAU berikan dugaan sehebat ini pada THINKER, Ya Tuhan! Kenapa kau tidak berikan ujian dan dugaan ini padaku saja...!

Alamak...apa yg aku merepek ni ha?! Aku pun tak tau daaa;-)

Hehehe...komen ini adalah adaptasi drpd sebuah kisah benar tetapi telah diolah mengikut situasi hari ini supaya sakit kepala aku pd ptg ni akan bertambah ok...huhuhu!

katakukata said...

kisah benar itu sendiri benar atau situasi skang itu kisah benar?
*confused*

Ishan_Qureshi said...

Salam MIZ LEO,

Dlm episod drama kali ni, mmg i sengaja nak timbulkan mood konpius, supaya semua penonton (maksud i pembaca blog u) akan terpinga2 dan terkulat2 sambil menggaru2 kepalanya tanda kecipanan tahap konpiusnya itu. I cuba nak lari drpd jln cerita yg stereotaip spt yg selalu dihidangkan di kaca tv tempatan. I mahu jadi seorg pengarah dan penulis skrip drama/filem bergenre konpius....kuikuikui;-)