Wednesday, April 29, 2009

~kemiskinan, penderitaan dan kesulitan hidup~

Something to be shared and something to ponder about the difficulties and one's poverty in acquiring and achieving knowledge.

  • Kisah yang pernah diriwayatkan oleh Imam Bakar bin Hamdan Al Maruzi bahawa Imam Ibnu Kharrasy pernah bercerita:
"Demi mencari ilmu, aku pernah meminum air kencingku sendiri sebanyak lima kali. Ceritanya, sewaktu sedang berjalan melintasi gurun pasir untuk mendapatkan hadis, aku merasa kehausan luar biasa tanpa ada yang dapat aku minum. Maka dengan terpaksa aku minum air kencingku sendiri."

  • Imam Hatim pernah mengalami keadaan yang menyedihkan. Imam Abu Hatim mengatakan:
"Ketika sedang mencari hadis keadaanku benar-benar sangat menyedihkan. Kerana tidak mampu membeli sumbu lampu, pada suatu malam aku terpaksa keluar ke tempat guard yang terletak di tepi jalan. Aku belajar dengan menggunakan penerang yang dipakai oleh tukang ronda. Dan terkadang tukang ronda itu tidur, aku yang menggantikannya ronda."
  • Kisah Imam Bukhari yang diriwayatkan oleh Umar bin Hafesh Al-Asyqar. Al-Asyqar mengatakan:
Selama beberapa hari kami tidak mendapati Bukhari menulis hadis di Bashrah. Setelah dicari di mana-mana akhirnya kami mendapatinya berada di sebuah rumah dalam keadaan telanjang. Ia sudah tidak miliki apa-apa. Atas dasar musyawarah kami berjaya mengumpulkan wang beberapa dirham, lalu kami belikan pakaian untuk dipakainya. Selanjutnya ia mahu bersama-sama kami lagi meneruskan penulisan hadith."

  • Penderitaan Imam Malik:
"Demi membiayai dirinya menuntut ilmu, beliau sampai mencabut atap rumahnya, lalu menjual papannya."


Ketika aku sedang membaca sebuah novel islamiyah dan terbacakan petikan di atas, terus aku teringatkan studentsku. Betapa mereka mengeluh dan tidak menyukai ujian, peperiksaan mahupun kelas harian. Ada saja alasan mereka. So, I guess kisah-kisah di atas serve it all. Ini pulak petikan yang menyedarkan dari novel yang aku sedang baca:


{Bagaimana mungkin dia boleh lupa bahawa dalam kitab-kitab sastera, sejarah, manakib, dan thabaqat banyak dijelaskan betapa para 'ulama' lebih biasa bergelut dengan kemiskinan, penderitaan dan kesulitan hidup yang menghimpit. Namun mereka melaluinya dengan penuh kesabaran. Dalam penderitaan yang menghimpit itulah mereka mengais ilmu dan hikmah. Dalam kesulitan hidup itulah mereka menulis karya-karya besar yang monumental.}



# Ketika Cinta Bertasbih - Habiburrahman El-Shirazy (Episod 1)

No comments: