Monday, March 21, 2011

kami menyayangi dan merinduimu... ;(


ya allah tuhanku...
sangat berat rasanya menanggung kesedihan dan ketakutan...
aku telah hilang dua sahabat dalam masa 20 hari..

yang terbaru ini amat sangatku rasai...
sehinggakan aku tak dapat lagi mengeringkan airmata ku ini...
dua hari aku berulang-alik ke hospital..dan dua hari itu merupakan hari-hari terakhir arwah...
allah betul2 memakbulkan doa aku...
allah telah mempermudahkan perjalanan arwah..
arwah agak terbeban dengan dugaan yang dihadapi..

hari terakhir aku, akid, mas dan afiq bersama arwah adalah pada tengahari sabtu..
arwah kelihatan sihat jika dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya...
dlm banyak2 hari, hari itu lah satu2nya hari arwah bercakap dengan banyaknya...
malah arwah juga duduk, baring, dan stretching bergilir ganti...
tidak seperti hari2 lain di mana arwah hanya mampu baring dan menanggung kesakitan..
kami bersembang seperti waktu2 arwah sihat...cuma bezanya, arwah di katil hospital dan fizikal arwah tidak seperti dulu....

allah menghidapi cancer lymphoma...
sesuatu yang amat jarang bagi penduduk malaysia...
arwah juga telah didiagnose setahun yang lepas...tetapi berita itu berlalu pergi begitu sahaja...
tiba2 ia datang kembali dan kali ini terus merampas arwah dari dunia ini..
kesian arwah, pada 31 disember yang lepas, mamanya telah pulang ke rahmatullah....
arwah amat rapat dengan mamanya...malah amat menyayangi mamanya...
tidak pernah kami dengar tentang ahli keluarga yang lain selain mama...
pemergian mama amat mengujinya...
tak lama selepas mama pergi, arwah menanggung pula penyakitnya...

terlalu banyak kenangan kami bersama arwah...
malah hampir setiap aktiviti, arwah pasti ada bersama-sama...
apatah lagi aku ini selalu digandingkan bersama arwah untuk mengacara majlis...

selepas ini, pasti ada kerusi kosong...
pasti tiada siapa lagi yang akan menyampuk..
tiada siapa lagi yang akan datang dengan idea2 yang bernas malah tak masuk akal...
tiada siapa lagi yang akan menyanyi...
tiada siapa lagi yang datang bersama kaca mata hitam....

ya allah ya tuhanku....
terlalu perit untuk aku terima ini...
sesungguhnya Engkau maha mengetahui ya tuhanku...
hambamu yang kerdil memohon padamu...
ko tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman...
ko sayangilah arwah dan hapuskan lah dosa-dosa arwah di atas muka bumi ini...
sesungguhnya arwah seorang yang selalu menceriakan hari-hari orang di sekelilingnya...


arwah Mohd Ishak Mustapha Kamal....kami menyayangimu....




30 April 1984 - 20 March 2011

4 comments:

iamirda said...

nanges buat kali entah ke berapa.
Allah sayangkan dia.
Al fatihah.

Bila Diary Bercerita said...

Al Fatihah...

Takziah. Bersabar ye...

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Yaya said...

macam kenal..semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman..amin

katakukata said...

terima kasih smua.