Friday, December 31, 2010

it made me ME

ok...it's another more or less 2 hours before it begins with year 2011. a fact that we have to face - we are a year older. goshh...time flies soo fast!

Macam-macam yang telah terjadi tahun 2010 nih. Daripada yang best kepada yang tak best...Yang sakit hati, yang bengong, yang surprise!, yang menyayat hati, yang riang ria, yang takut, yang gerun, yang tak percaya, yang sangat tak bleh blah dan yang sebagainya.

Ingat lagi bila it was early this year, the forecast said that this year would be a downturn compared before. Economically, it would not be a good one for most of the people. And macam-macam lagi lah. Tapi, tu semua predictions jek. Ntah sapa ntah yang rajin predict-mengpredict ni. Satu kerjaya yang amat jaya lah jugak. Aku pun kadang-kadang suka gak baca tentang forecast nih...Saje gatal-gatal..takdelah sampai percaya giler2. Yang aku suka ialah horoscope nye predictions nih. Suka-suka jek untuk suka-suka baca. I am not really believing in whatever it says but kalau yang best-best tu, aku buat sebagai motivations la.

Honestly, this year is soo happening!! Daripada perkara yang aku nak elak, ia terjadi juga. Personally, it is a year that is full of emotions. On behalf of my career, it is turning out really well. I've learned a lot and I grew up with it along the journey. Financially, i am blessed with loads of rezeki. Rezeki aku sungguh murah. Alhamdulillah...Walaupun kadang kala aku diuji, tapi thank god la aku dapat menapisnye.

Basically, this year had started with quite bad scenes. But, towards the middle of the year, it turned out good. Reaaally good instead. hhmm... Thank you Allah for all your blessings and fate that you've set for me. It taught me a lot actually. It made me stronger, it made me to think twice. It made to accept what it is said to be fated. It made me happier. It made me better. It made me ME.

Tak lupa juga, tahun depan tanggungjawab aku lebih berat. I'll be back to school and i do really hope that i could do better in both teaching and learning. Hopefully, in another 2 years time....i'll be granted with my masters' degree. insyallah..... ^_*

Tapi, dalam banyak-banyak benda yang terjadi....ada satu package lagi yang aku owe to ALLAH. and i hope i could accomplish it throughout next yearsss.... ^_^

So, farewell to 2010 and be ready for 2011. Forget the past but take along whatever valuable to the next year. Tatititutu......

Thursday, December 30, 2010

bye-bye n hi

lols~ tak pasal2 malaysia dapat public holiday esok i.e. 31st December 2010. Semuanya gara-gara Malaysia menang AFF Suzuki Cup semalam. haha..just can't believe it. btw, i'm totally will be enjoying the public holiday at home.

sigh~ the last weekend to be rested, fully.



Wednesday, December 29, 2010

Negaraku~~~

hhuuuuuuuhh....just finished watching a football/soccer match- Malaysia vs Indonesia. Quite an emotional game it was. Mulanya aku macam tak nak tengok and i did not when it was in Malaysia...but then, ntahlah...ada geng kot nak tengok malam ni, so aku pun tengoklah. Yang nyata suara aku dah mula serak-serak. hahaha...inilah akibatnya menjerit..^_^ Dah la mak aku takde umah balik kampung, and kebetulan cousins aku stay kat umah, maka kami pun sama-samalah berganding bahu menjerit. hehe..best jugak...dah lama tak buat perangai macam ni. oh btw, Malaysia won with aggregate 4-2. It is Suzuki Cup championship.

Seperti biasa, aku terkenang zaman sekolah menengah dulu2. Kenapa? Kerana, setiap (tak silap aku la) rabu and sabtu, aku akan pi tengok football match. And of course team Selangor la... ~Merah kuning lambang kebanggaan.... ~ hehe...Aku 'mampu' menonton setiap perlawanan kerana jeng jeng jeng...

Dijadikan citer, kakak aku yang sorang ni is a stewardess. Masa tu dia still buat flight domestic. And passengers yang agak loyal are the football teams of most of the states. So, there she met with the players. And dalam ramai-ramai tu, adalah jugak players yang sangkut kat kakak aku. One of them yang aku memang ingat was Kedah's player (nama dirahsiakan). Dia syok kat kakak aku. Selalu lah dok call rumah. Masa tu handphone was still not-the-famous yet. hehe.. And kalau ada pun, rupa handphone tu sangat buroks. Dan aku, sebagai adik bongsu yang sangat nakal - yang menjadi operator setia di rumah, selalu membuli beliau.

"Hello"
"Hello. Ye nak cakap dengan sapa?"
"Rozleen ada? "
"Ada. Ni sapa?"
"Ni kawan dia"
"Kawan dia sapa?"
"Erk....."
"Yela, kawan dia nama apa?"
"Oh...saya ..............."
"Hmm...ingat takde nama.."
> Kak leen....call. Dia kata kawan.

hahaha....itu memang hobby aku kalau answered house phone call. Suke jawab- kawan dia la apa la. Sebut jek la nama...macam susah jek. Dan haruslah mamat bola tu ngadu kat kakak aku. Dia kata aku ni cam pegawai polis..

Hello!! Kalau nak tackle kakak aku...korang tu semua kena rasuah aku. Barangsiapa yang berjaya merasuah aku, nescaya perjalanan aktiviti tackle menackle ni dengan izinnya berjalan lancar...hehhee...

Tapi, kakak aku tak jadi ngan dia tu. After that, kakak aku ngan player selangor lak. Mamat ni dok kat area2 yang berdekatan ngan rumah aku. Sekolah pun kat klang...and dapat main kat selangor. Kenal ngan kakak aku dari zaman sekolah lagi. Tapi, bila dah jadi footballer ni, barulah nak try mengayat. Masa ni memang lawak habis. Asal nak keluar jek, mesti bawak aku. Tension pun ada gak. Sebabnya aku lak kena ngekor mana2. Masa ni kakak aku takde kete lagi. Nak gi mana2 kitorang naik commuter. Then bila si dia ni tahu jek kitorang nak kuar, member sanggup jadi driver kitorang. Dan yang paling best sekali ialah bila aku dapat special autograph dari semua player team Selangor. Masa tu Selangor di ambang ke'glamer'an. Player yang mantop masa tu were Azman Adnan, Azlisham and pemain import Mehmet Durokovich. Tak lupa jugak, aku dapat autograph dari phisiotherapist dia. hhahaa..boleh la..

Dan kerana si dia ni la, aku dapat tiket untuk 2 musim untuk home games. Jadi, aku akan pegi ngan 2 abang ipar aku and abang angkat aku for every games. Masa tuh la aku giler bola. Aku hafal semua players termasuk referees and lines men. Dahsyat tak? Skang ni, kalau aku jumpa kat mana2 pun, aku tak kenal diorang. That time had passed. But i did enjoy and treasure every moment i've had before. (walaupun aku dirasuah untuk kakak aku).hahahha...

Dan akhirnya, kakak aku tak jadi ngan mana2 players demikian. Jodohnya bersama leading steward juge....

haish...terkenang-kenang zaman remaja dulu. Alangkah bahagia aku 'dirasuah' untuk approval.. haha... ^_^

p/s: Malaysia, i am proud of you! Rio Ferdinand just twittered and congratulate Malaysia for winning the Suzuki Cup. yeeehaaaa!!!

Tuesday, December 28, 2010

ehem ehem ^_^


Weekend lepas aku terkenang kat anuar zain. haha... tiba2 jek kan? Biasalah peminat umum macam aku ni. Lagi pun hari tu aku tengok anugerah skrin, dia ada buat show. Simpan misai la pulak. Aku rasa kalau dia simpan janggut pun, hensem jugak. Tuhan cipta dia serba elok. Bertuah badan... Alhamdulillah lah dia dikurniakan sebegitu.

Yes. Aku memang minat dia. Tapikan....aku tak tau macam mana nak describe minat tu. In fact. aku pun tak tau apa maksud minat. Ok, people would said that they admire him for his look, which is true. Tanpa ragu-ragu aku pun sama. Tapi, his talents in singing are unavoidable to be admired as well. Like people in entertainment business would say, he has THE package. Aku ni pun minat dia macam-macam tu jek. Nak kata aku tahu birth date dia bila.... i don't know. How many album he has, pun aku tak tahu. Lagu-lagu dia yang terkenal, aku tau lah. Kalo ada pertandingan kuiz pasal all about him, sebelum bertanding aku dah angkat bendera putih. Punyalah nak kata yang aku ni peminat yang sebenarnya tidak minat sangat kecuali dua perkara yang disebut di atas. In contrast, wujud sebenarnya peminat yang fanatik. Nama pun fanatik, segala benda diorang tahu. Kiranya, kalau kita suruh mereka buat biodata artis tu, mesti diorang boleh buat. Kira memang minat habis lah!

Aku ni kan, minat anuar zain ikut musim jek. Cuba teka musim apa? hhehehe... sah-sah musim raya jek. Sebab?? First, of course lagu raya dia yang agak glam itu selalu berkumandang di radio. Tapi, yang pasti aku dapat kirim salam dan kirim ucapan selamat hari raya pada dia...usually on the first day of raya. But then, kalau tanya dia, mesti dia tak tau or tak ingat apa-apa la kan...? hahaha... loser tul aku nih... ^_^

Macam mana aku leh buat sedemikian? Well...it's quite a long story to tell but in sum, my bro-in-law's brother n his wife kinda a good friend of him. So, every raya on the first day, they will visit his house. So there goes my regards and raya wishes. hehehe...Kirim salam pun jadi lah....

Adalah sekali tahun bila ntah... anuar kasik kat aku kad raya. Mula-mula, aku memang takkan percayalah kan? Walaupun ada signature dia. Mana taknya... abang ipar aku ni tak leh caya sangat. Nak tahu kenapa? Begini: terjadilah satu kisah di mana abang ipar aku ada buat event and artis jemputan nye was Mawi. Masa tu memang zaman mawi glamer habis. So, anak kawan abg ipar aku ni mintak ayah dia dapatkan signature mawi. Nak dijadikan citer, ayahnye sorang ni lupa nak mintak coz sibuk as the organizer's committees. Nasi dah jadi bubur...coz mawi dah balik. Oleh kerana si ayah ni tak sampai hati nak kecewakan anak nye, maka si ayah ni tadi bersama abg iparku telah membuat pakatan? Apa dia? Both of them FORGED mawi's signature! And, the daughter had believed (of coz she did coz the father met mawi) and showed the whole kampung (when they did balik kg after the event) that mawi had signed an autograph to her. Oh my..... pity isn't it? Poor lil girl. I could not blame both coz both of them had their own acceptable reasons.

Maka, apabila aku terima kad raya dari anuar...aku control macho. Malas lah kan nak lompat-lompat ker apa ker.. Ye lah, artis bagi i kad raya (even he is a human). Sebabnye, aku takut kalau abg ipar aku ngan adik dia main2kan aku. Nanti aku jugak yang malu. Walaupun at that time abg ipar aku pun dapat kad raya macam aku. Then, i dont remember weeks or days after that, i saw anuar's kad raya in the newspaper as he had given to some of the reporters and they had photo of it. I guess the one that i've gotten is yes, truly from him. Signature sama banget and barulah aku syok sendiri. hahaha... again, mizleo loser ^_^Bukan saje kad raya tau.... Ada satu raya tu, aku dapat had a conversation with him through phone. Tapi kelakar giler kot.... tak tau nak cakap apa. "Selamat hari raya" and that's basically it! Pastu, terkeluar lah ayat bodoh seperti :- " abang, saya minat sangat kat abang" WHAT THE!!!!??? lols ;D Actually it had happened without kesedaran yang logikal.

Itulah citer-citer bodoh aku bersama jejaka impian malaya...yang walaupun umurnya i believe dah 40, but he's damn good looking. His skin...still tegang...hehhe... Muka bersih dan berseri... and also fit. He is so fresh! I like fresh man.. Rasa macam suci jek diorang nih...and hygenic too.
And the best experience i've ever had was last october. It was a memorable surprise indeed! I attended a vvip's birthday party@dinner. I was seated membelakangkan stage. My table was on the right side of the stage and basically i have to move my chair a lil bit and i would have a good sight of it. I was with my sisters, bro-in-law n my nephew. We were quite late for the party and my BIL drove like hell...to one extent i had to inform him that 'I'm not married YET'. But, as usual he ignored it. His brother had been calling him for like ten times and he kept on lying about our minutes-to-arrived. So, once we arrived like 5 minutes after that, the party started. The emcee were blablabla...and it's time for the 1st performance. And guess what??? It was anuar zain!!! My jantung dah luruh dah kot once I looked at him. Though the performance was to the birthday 'girl' but it was indeed a surprise for me. Rupa-rupanya, ni semua kerja abg ipar ku, adik dan wifenye! Cis!!! Patutlah aku macam ok jek malam tu, sanggup ikut diorang. Bayangkan kalau aku tak ikut..(which takkan lah kan..diorang mesti paksa punya). And lepas anuar nyanyi dalam 3 lagu macam tuh, terus adik abg ipar aku tarik anuar datang jumpa aku...hahaha...tak terkata apa-apa kot. Statement diorang kat anuar:- "bang, ni lah dia yang suka kat abang n selalu kem salam tu". Jahat kot statement tu...dan sekali lagi, untuk membuktikan yang aku ni loser...aku pun berkata pada anuar zain:- "abang, saya minat sangat kat abang. abang hensem la". Hahahaha... mizleo is a loser...mizleo is a loser... i am a loser!!! ;D

Dan minit-minit pada malam itu berlalu dengan gembira yang tak terkata. Perutku yang pada hakikatnya lapar, terus jadi kenyang. hahaha...Thanx la to my BIL and his brother. They did make my day! Rasa penat aku siang hari tu terbalas sangat. Siang tu aku pi rumah anak2 yatim kat sabak bernam and gotong royong. Rasa berbaloilah. Dan seharusnya aku tak melepaskan peluang tangkap gambar dengan jejaka itu. ^_^

These are the photos taken that nite.





Thursday, December 23, 2010

an inspiring meeting

saya selsema dan saya tidak gemarkan situasi selsema ini.
what a day today....

btw, hari ni saya pergi bertemu dengan penasihat akademik master saya. betapa agak sukarnya saya hendak menemui beliau. dengan jarak perjalanan yang agak mencabar dari rumah atau pun pejabat, saya gagahkan jua, saya usahakan jua. beliau pulak bercuti selama 2 hari. saya pula tak sabar nak daftar subjek pelajaran. maklumlah...hampir 4 tahun saya meninggalkan alam universitas. tapi masalahnye, saya rindukan zaman pembelajaran ketika di iiu. with all the non-academic activities...yang berupa academic tu tak payah nak citer la kan. and akhirnya tadi, saya dapat bertemu dengannya, itu pun setelah dipostponed untuk ketiga kalinya.

he was a knowledgeable person indeed. from the very first impression, i could sense that. anyway, before i went and meet him, i googled him in the university's website. ternyata ia agak mengajaibkan (ada ke perkataan tu?)!! penasihat akademik saya ini merupakan seorang academician yang mengarah kepada pemikiran kritikal, kritis, kreatif dan sewaktu dengannya. saya pula seorang yang kritis dan kritikal. masakan tidak, kalau anda berikan saya satu masalah, saya akan menyediakan kembali kepada anda solutions, results, resorts, options, choices, possibilites, probabilites dan lain-lain. katakan saje, anda mahu yang positive atau negative. dan ternyata ketika saya memberitahu colleagues yang rapat dengan saya, mereka semua tertawakan saya dengan ungkapan - "elok sangatlah tu"!. dan saya hanya mampu ketawa dan gembira. di dalam hati, saya berdoa pada Allah, moga beliau dapat membimbing saya ke arah kejayaan berdasarkan pengalaman dan keluasan ilmu yang ada pada beliau. amin.

maka, saya pun bertemulah dengan beliau pada pukul 2 petang tadi. ternyata beliau looked much better than the photo in the website. hehehe.. we had a lively conversation. but i have to admit that from 100% he talked, i could only captured 70%. why? because his sayings were full of infos and of course i could not catch it up from the 1st meeting. it is too mouthful to be said and understood. tapi saya amat mengkagumi beliau. ntahlah bagaimana boleh terbit perasaan sedemikian. barangkali kerana beliau ada mengatakan pada saya yang beliau bakal bersara pada tahun 2012. kata beliau, sudah cukuplah aktiviti beliau untuk duniawi. sudah masanya beliau ingin menumpukan pada bekalan yang bakal dibawa selepas kematian. terpancar keikhlasan beliau pada bidang akademik. saya cuba memprovok beliau dengan memberi kenyataan bahawa academician yang sejati mempunyai passion yang amat mendalam tentang ilmu pengetahuan. beliau dengan tenang memberitahu saya bahawa apa yang saya katakan adalah benar sama sekali. tetapi, pada beliau sebagai seorang islam kita seharusnya memberi perhatian pada spiritual. he had worked hard before, said he. and he had felt the thick n thin, all the pain n vain. pada saya, he just know his limit. and i salute him for his alertness.

the most grateful moment that i realized from our very 1st meeting was that he is so fatherly. belaiu tak macam academician berumur yang lain. he has the sense of humor which i thank god so much. and he is open to any issue or subject to have a conversation with. he said, i am like your dad and whatever i said is from behalf a father's advice. and he did not stop me or demotivate me by any means when we had or discussion. he always encourage me by saying, you are still young. and for a few times he told me just do whatever you like. dont rush..you have your time but the most importantly, manage your time and plan well. haaaa....sejuk dada ku mendengarnya.

my ex-colleague who is still pursuing her masters there said that he is a kind man. do whatever he says and be committed to his lessons and you shall be granted with an A and excellency.

so dear ALLAH, i do'a for a smooth silky journey that will be full of lessons and inspirations. may it be the reason that drives to success. amin....

entry campuran merepekan

it's been a while since i last wrote an entry here. selalu rasa nak mencoret any coretan tapi perasaan malas sangat menguasai diri. hehe... btw, lagi bape hari dah nak masuk 2011. cepatnye masa berlalu. seperti biasa, dah terpikir mengenai azam2 where i always think of it mengikut tahun baru hijrah. tapi dari 100%, yang bergerak hanyalah 0.75%. biasalah tu..anak pakcik ahmad memang macam nih.

dan bila sentuh mengenai tahun baru, one thing that i cannot ignore is my AGE. aku takdelah kisah sangat ngan nombor2 usia nih...yang aku kisah ialah...bila dah meningkat usia dan bertukar tahun, aku selalu akan fikir mengenai ajal. ntahlah, kadang2 masa duduk2 diam kat office ker, kat umah ker, kat toilet or even masa drive, aku mesti terdetik terfikir pasal ajal maut ni. sekiranya ditakdirkan Allah swt nak menarik ajal aku there n then, adakah aku bersedia? honestly aku tak bersedia lagi. teringin jek nak ada perasaan bersedia utk dijemput ajal maut. tapi aku sedar, ilmu di dada tentang dunia yang satu lagi masih kurang, n bekalan utk dibawa pun masih tak cukup. hhmm...maka, salah satu azam-azam aku merupakan memenuhi sekadar terdaya untuk mencukupkan bekalan bila ke SANA nanti. insyaallah....

dan semestinya aku tak boleh dan tak akan lupakan tentang arwah kakak, bapak n kawan baik aku. 7hb yang lepas, genap arwah bb pergi setahun. usia sebaya aku, tetapi telah diuji oleh Allah swt dengan hebatnya - leukemia. dan aku rasa Allah maha adil dan menyayanginye sebab dia telah dijemput dulu dari kami. sekarang ni, aku agak terasa and teringat2kan dia sebab aku baru jek nak mulakan masters aku. sebelum dia pergi, kitorang memang dah plan untuk apply sama2 masters. tapi atas sebab2 tertentu spt masa, kitorang postponed....hinggalah waktu dia tenat dan asyik keluar masuk hospital. sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah-arwah.

k, back to citer nak new year yakni zaman 'jahiliyyah' ni...(siyes teringat sek agama dulu ;p), macam2 perasaan ada. yang pastinya bulan january tak sampai lagi, tapi kerja2 untuk bulan january, february n march dah tersedia ada. maka dengan itu, aku dengan bersemangatnya pi beli planner n diary utk memuatkan agenda2 ini. dahsyatkan?? sampai dua jenis aku beli... (hahaha...ye ye jek...yang sebenar-benarnya, aku ni hantu stationeries.... ;D) dan otak aku kembali berat seperti selalu. bukan aku namanya kalau otak aku tak berat...hehe...

dan cabaran tahun ni nampaknye semakin berat. aku kembali ke sekolah!! uwwaa...to be frank, aku seorang yang tidak berfikiran jauh ke hadapan sangat. ingat lagi masa aku still sekolah menengah, where most of my friends were thinking of enrolling to the university sbg persediaan masa depan. tapi aku?? tak...aku tak terfikir lansung. bukan tu jek, nak kerja apa pun aku takde nak berat2kan otak aku nih. bagi aku, yang keadaan semasa ni pun tak settle lagi, dah sibuk2 nak fikir career. tapi aku believe that ur surroundings do influence you. masa zaman sekolah pun, bukan aku nak cakaplah...yang geng2 satu class and suke melepak kat belakang tu, aku di antara yang excel. spm agg tinggi juge...dan masuk universitas yang manthop! and since aku berkawan2 dengan mereka2 yang memang pandai academically ni...and mempunyai wawasan yang cemerlang, aku pun turut serta cemerlang spt mereka. dan kini, boleh la aku bangga dengan diri aku. agak kembang bila geng2 sekolah yang dah lama tak jumpa tahu tentang perkembangan aku ni. (ye, badan aku pun berkembang juge. terima kasih kpd bola baling). so, terlanjur aku dalam bidang education ni, aku kenalah daki setinggi yang mampu. dan ukuran kebagusan academician ni bukan sahaja terletak pada tahun pengalaman tapi, jenis gulungan ijazah apa yang kita genggam. oh, tak lupa juga apakah pangkal nama kita? dr? prof madya? prof? huhuhu...cud never imagine that.

whatever pun, i just live life to the fullest. insyaallah perbaiki diri from time to time.. wish me lucksss!